JellyPages.com
Showing posts with label kasanova. Show all posts
Showing posts with label kasanova. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

KASANOVA VERSI DIA: PENGENALAN

KASANOVA VERSI DIA
Lain orang, lain gayanya!!

                Nantikan novel bersiri ini yang mengisarkan percintaan di alam kolej sehingga ke alam kerja. Dia merupakan kasanova versi wanita yang lain daripada yang lain. Amat digilai oleh semua siswa kolej tanpa mereka peduli akan balasan yang akan mereka terima setelah gadis itu mempermainkan cinta mereka namun sebaliknya pula bagi Daniel Muzzamir Dato Hassan. Baginya, gadis itu harus diajar kerana telah mempersendakan dirinya kerana dia terpaksa melayan perangai jelik shasha a.k.a sepupunya hanya kerana bagi memenuhi permintaan mummynya yang teramat suka kepada anak saudaranya itu. Pertemuan demi pertemuan membuatkan Daniel terus hanyut dibuai mimpi indah yang dicipta oleh Irdina Syafina.  jerat yang dipasang untuk mengenakan  gadis itu telah pun memakan dirinya sendiri.

                ‘’you jangan mimpila.. I tak akan jatuh cinta dengan lelaki, never!!’’

                    ‘’I akan buatkan you jatuh terduduk di hadapan I and hari tu juga you akan rasa bagaimana sakitnya penangan akibat cinta’’ Janji Azzam apabila kasanova itu berjaya mempermainkan cintanya.

‘’semua lelaki sama je, masing-masing buaya! Pantang nampak perempuan dahi lincin sikit, mulala nak menggatal’’

                    ‘’awak harus faham betapa pentingnya cinta kepada lelaki dan awak juga harus berhenti daripada mempermainkan cinta tulus daripada lelaki kepada wanita yang dicintai mereka. Saya tak sanggup melihat awak menangis begini walaupun awak pernah mengotori cinta tulus yang saya telah hulurkan kepada awak dulu’’ Daniel Muzzamir memberikan nasihat kepada Irdina Syafina. Harapannya agar gadis itu sedar daripada terus mempermainkan lelaki-lelaki lain.

                ‘’akak, Daniel betul-betul sayangkan akak, bukan sekadar sayang je tapi cintakan akak… terima la dia, Fif percaya yang dia betul-betul ikhlas’’ Izham Afif memujuk kakaknya, kakaknya harus sedar sebelum terlambat. Kakaknya harus menghalang pertunangan itu. Daniel tidak cintakan Shasha! Bukan saja tidak cinta malah tidak pernah menyukai shasha! Itulah hakikatnya.