JellyPages.com

Thursday, 7 November 2013

Arghh..Cinta Jangan Datang! : Bab 1


            



 BAB 1




  "Asya,mama akan hantar Asya ke rumah nenek."Kata mamanya puan Razizah.
 "What ?Grandma house ?"Soal Asyarahtul Rachel terkejut.
 "Yes,Asya akan belajar di sana sampai tamat SPM."Terang puan Razizah.
 "No ma,Asya tak mahu."Balas Asyarahtul Rachel dengan nada tinggi.
 "Asya,jangan biadap."Tengking abangnya Amir Rahman.
 "Amir,diam."Arah papanya Encik Rahman,dia tahu Amir dan Asya memang tidak boleh bertemu.
 "Asya,selagi Asya tak berubah mama tak akan keluarkan Asya daripada kampung.Semua ni muktamad.Full Stop."Kata mamanya.
 "Fine.Tapi semua mesti ingat,Asya tak akan tinggalkan seni pertahan diri.Never."Balasnya lalu beredar.
 "Biarkan dia.Keras kepala."Kata papanya.
 "Yelah,sama macam papalah."Balas puan Razizah.
 "papa pula kena ?"
 "memang pon."Balas puan Razizah lalu beredar.
 "Akak pergi pujuk Asya kejap."Kata Aisyah Rania kepada papanya.
 "Pergilah."
 "Abang pun nak pergi ikut Aisyah."Kata Amran Rahman.Papanya hanya mengangguk.
'Tok,tok,tok.'
 "Akak ngan abang ni."Kata kakaknya Aisyah Rania.
 "Masuklah."Balas Asyarahtul Rachel.
 "Asya nak pergi mana ni ?"Soal kakak dan abangnya.
 "Nak keluar."Balasnya.
 "Kau nak pergi mana ?"Soal abangnya.
 "Jumpa kawan."Balasnya sambil mengambil kunci motosikalnya dan beredar.
 "Hati-hati."Kata kakaknya.
 "Asya nak keluar."Jeritnya di depan pintu.
 "Balik cepat sikit."Balas papanya.
 "Malam ni kita bertolak ke kampung." Sampuk mamanya.
 "Yelah."Balasnya.
Lalu dia memacut laju ke kedai yang kengkawannya selalu lepak.
 "Asya,awalnya kau sampai ?"Tegur seorang kawannya.
 "Aku ada berita gempar untuk kau orang semua."Kata Asyarahtul Rachel.
 "Apa ?"Soal mereka serentak.
 "Aku kena pindah ke kampung,malam ni."Balasnya.
 "Hah ? What  ?"Soal mereka serentak.
 "Awak,kenapa awak kena tukar ke sana ?"Soal teman lelakinya Emir.
 "Mama yang suruh,satu lagi aku nak cakap Emir kita putus."Balas Asyarahtul Rachel.
 "What ? But why ?"Soal Emir.
 "Nah.Kau tengok semua itu. Aku balik dulu."Balas Asyarahtul Rachel.
 "Okey,nanti kitorang akan call kau ?"
 "Okey,bye semua."Balas Asyarahtul Rachel sambil memacut motosikalnya ke arah rumahnya.
Setiba di rumahnya,puan Razizah menyuruhnya menyiapkan pakaiannya.
 "Asya  dah siapkan baju.Mama Asya nak tanya,motosikal Asya boleh tak hantar ke kampung."Soal Asyarahtul Rachel.
 "Tak perlu,mama dah belikan motosikal baru untuk Asya."Balas mamanya sambil mengangkut beg mereka.
Setelah selesai menyimpan beg di bonet kereta,mereka semua menaiki kereta tersebut.

 Setiba di kampungnya,mereka segera bersalaman dengan aki dan neneknya.
"Apa khabar,mak ?"Soal Pn Razizah.
"Baik,mana anak kamu yang Asya tu ?"Soal neneknya nek Jah.
"Yang pakai cap tu nek."Sampuk Aisyah Rania.Lalu,Asyarahtul Rachel menghampiri aki dan neneknya.
"Lawanya cucu aki ni."Kata akinya tok Din ketika Asya bersalaman bersamanya.
"Betul tu,dah lah jom naik."Kata neneknya.Lalu,mereka semua pun masuk ke dalam.
"Ni Asya,yang lain ni biliknya." Kata nenek sambil menunjuk satu persatu bilik.
"Terima kasih nek."Kata Aisyah Rania.
"Cepat sikit bersihkan diri,boleh kita makan.Nenek masak makanan special untuk kamu semua."Kata nenek.
"Baiklah,nek."Balas Amir Rahman.Selepas itu,mereka pun masuk ke bilik masing - masing.Selepas 10 minit Asyarahtul Rachel pun keluar daripada biliknya.
"Asya kenapa lambat keluar ?"Soal mamanya.
"Tak ada apa !"Balasnya.
"Mari makan."Panggil mamanya.
"Ma,Asya kenyang lagi.Asya nak keluar,motosikal Asya tu dah sampai ?"Soalnya.
"Esok baru sampai."Sampuk papanya.
"Okey,Asya keluar dulu."Balasnya.
"Yelah."Balas mamanya.
Lalu dia pun keluar daripada rumah dan berjalan di tepi sawah.
'Wah,nyamannya.'Desis hatinya.
"Woi perempuan."Jerit seorang lelaki daripada pondok tepi sawah.Asyarahtul Rachel tidak mengendahkan mereka.
"Woi,perempuan bertopi !"Jeritnya lagi.Lalu Asyarahtul Rachel memandang mereka.Mereka pun menghampirinya.
"Kau ni siapa ? Tak reti bagi salam ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Aku ? Aku Aeril Safwan.Satu kampung kenal aku.Hero kampung."
"So,apa kau nak ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Awek ni,garang betul."Sampuk salah seorang daripada mereka.
"Apa awek - awek ?"Tengking Asyarahtul Rachel.Lalu Aeril Safwan menghampirinya dengan sungguh rapat.
"Janganlah garang sangat."Kata Aeril Safwan dengan lembut,lalu dia menarik cap Asyarahtul Rachel.
"Woi mamat kampung,pulangkan balik."Jerit Asyarahtul Rachel,lalu menumbuk mukanya.
Aeril Safwan dengan keadaan bengang lalu menampar  mukanya.Tapi tangannya ditahan dan di pusingkan kebelakang.Asyarahtul Rachel terus menarik balik topinya.
"Jangan pandang rendah dengan perempuan."Bisiknya lalu beredar.

Arghh..Cinta Jangan Datang! : Bab 2





BAB 2




Selepas Asyarahtul Rachel beredar,semua kengkawan Aeril Safwan menghampirinya.
"Wow,hebatnya."Kata salah seorang daripada mereka.
"Aku nak,kau orang cari siapa perempuan tu."Arah Aeril Safwan.
"Apasal pula ? Kau nak balas dendam ?"Soal kawannya lagi.
"Cari ajalah."Balas Aeril Safwan.
"Okey."

Keesokkan harinya,
"Asya,papa and mama dah nak balik.Take care okey."Kata encik Amran.
"Pa,please jangan tinggalkan Asya." Rayu Asyarahtul Rachel.
"Sorry,papa no choose."Balas papanya.
"Motosikal Asya dah sampai pagi tadi.Ada di belakang."Kata mamanya puan Razizah.
Lalu mereka semua menaiki kereta,Asyarahtul Rachel hanya mendiamkan diri.
"Take care."Jerit abang dan kakaknya sebelum kereta bergerak.Selepas lima minit,bayangan kereta pun hilang.
"Asya,mari masuk."Kata Akinya.
"Baik,aki."Balasnya lemah.Selepas masuk,Asyarahtul Rachel meluru masuk ke biliknya.
'Nak pakai baju ape ye ?'Desis hatinya.Lalu die memakai t shirt hitam dan memakai kemeja yang tidak di butang,bersama seluar jean paras lutut.
'Mana black cap aku ni ?'Soalnya lagi sambil menyelongkar almari cap.'Selepas menemuinya,dia pun keluar daripada biliknya.
"Aki,Asya nak keluar."
"Okey,aki pun nak ke kebun di kampung sebelah,nenek pula nak ke kedai."Kata akinya.
  "Nek nak ke kedai naik apa ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Jalan kakilah,nak harap aki kau hantar,memang bermimpi."Balas neneknya sambil mengerling aki.
"Biar Asya hantarlah."Balas Asyarahtul Rachel.
"Boleh ke ?"Soal nenek.
"Boleh,lagi pun naik motorsikal."Balas Asyarahtul Rachel.
"Okey."Balas neneknya.
"Asya tunggu kat bawah."Katanya lalu mencapai capnya.
" Jom,nenek dah siap."Kata neneknya.
Selepas neneknya naik,dia terus memacut laju motosikalnya.
"Wan,wan."Panggil seseorang.
"Kau,Alif.Apasal ?"Soal Aeril Safwan ketika kawannya yang di panggil Alif itu menghampirinya.
"Aku ada maklumat tentang budak perempuan tu."Kata Alif.
"Yeke ?"Soal Aeril Safwan.
"Yup.Dia cucu tok Din dan nek Jah. Dia datang dari KL,nama dia Asyarahtul Rachel adik kepada Aisyah Rania dan Amir Rahman.Anak bongsu uncle Amran and aunty Razizah." Terang Alif.
"Hah ? Serius ? Betul ke ? Cucu tok Din ?"Soal Aeril Safwan.
"Yup,kau tak percaya,kau pergi kedai runcit pak Man.Jumpalah dia."Balas Alif.Lalu Aeril Safwan terus memacut motosikalnya ke kedai yang di katakan.
"Okey nek,kita dah sampai."Kata Asyarahtul Rachel.
"Terima kasih."Balas neneknya.
"Okey,Asya tunggu kat sini je."Balasnya .
"Yelah."Lalu neneknya terus beredar masuk ke kedai.Tiba tiba telefonnya berdering,lagu Cintaku tlah mati untukmu.
'Ni mesti Emir.'Desis hatinya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Lalu dia menjawab panggilan video daripada Emir.
"Hai awak."Tegur Emir dalam panggilan video.Asyarahtul Rachel tidak menyedari kehadiran Aeril Safwan dibelakangnya.
"Kau nak apa lagi ?"Soal Asyarahtul Rachel.
"Awak,tolonglah,saya sayangkan awak. I love you so much."Balas Emir.
"Sorrylah,aku dah muak ngan ayat kau tu,semua kata - kata kau murahan."Balas Asyarahtul Rachel.
"Saya boleh terangkan tentang gambar tu."
"Tak perlu."Balasnya lalu mematikan panggilannya.

Sunday, 20 October 2013

KASANOVA VERSI DIA: PENGENALAN

KASANOVA VERSI DIA
Lain orang, lain gayanya!!

                Nantikan novel bersiri ini yang mengisarkan percintaan di alam kolej sehingga ke alam kerja. Dia merupakan kasanova versi wanita yang lain daripada yang lain. Amat digilai oleh semua siswa kolej tanpa mereka peduli akan balasan yang akan mereka terima setelah gadis itu mempermainkan cinta mereka namun sebaliknya pula bagi Daniel Muzzamir Dato Hassan. Baginya, gadis itu harus diajar kerana telah mempersendakan dirinya kerana dia terpaksa melayan perangai jelik shasha a.k.a sepupunya hanya kerana bagi memenuhi permintaan mummynya yang teramat suka kepada anak saudaranya itu. Pertemuan demi pertemuan membuatkan Daniel terus hanyut dibuai mimpi indah yang dicipta oleh Irdina Syafina.  jerat yang dipasang untuk mengenakan  gadis itu telah pun memakan dirinya sendiri.

                ‘’you jangan mimpila.. I tak akan jatuh cinta dengan lelaki, never!!’’

                    ‘’I akan buatkan you jatuh terduduk di hadapan I and hari tu juga you akan rasa bagaimana sakitnya penangan akibat cinta’’ Janji Azzam apabila kasanova itu berjaya mempermainkan cintanya.

‘’semua lelaki sama je, masing-masing buaya! Pantang nampak perempuan dahi lincin sikit, mulala nak menggatal’’

                    ‘’awak harus faham betapa pentingnya cinta kepada lelaki dan awak juga harus berhenti daripada mempermainkan cinta tulus daripada lelaki kepada wanita yang dicintai mereka. Saya tak sanggup melihat awak menangis begini walaupun awak pernah mengotori cinta tulus yang saya telah hulurkan kepada awak dulu’’ Daniel Muzzamir memberikan nasihat kepada Irdina Syafina. Harapannya agar gadis itu sedar daripada terus mempermainkan lelaki-lelaki lain.

                ‘’akak, Daniel betul-betul sayangkan akak, bukan sekadar sayang je tapi cintakan akak… terima la dia, Fif percaya yang dia betul-betul ikhlas’’ Izham Afif memujuk kakaknya, kakaknya harus sedar sebelum terlambat. Kakaknya harus menghalang pertunangan itu. Daniel tidak cintakan Shasha! Bukan saja tidak cinta malah tidak pernah menyukai shasha! Itulah hakikatnya.